Gerbang Dunia Perniagaan

Rabu, 29 Februari 2012

Meranti Inn Bukan Sekadar Homestay............!!!!


Pihak Pengurusan Meranti Inn mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada IPD Negeri Sembilan, Kuantan dan Kuala Lumpur kerana telah memberi kepercayaan kepada Meranti Inn bagi menguruskan penginapan para peserta kejohanan badminton yang diadakan di Universiti Utara Malaysia pada 28hb. Februari - 5hb. Mac 2012.  Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia telah menginap di Meranti Inn Homestay dan jiran tetangga Meranti Inn. Sebanyak 5 buah Homestay telah dikendalikan oleh Meranti Inn di atas kerjasama yang baik antara jiran tetangga. Kepercayaan anda kepada Meranti Inn memberi dorongan kepada kami untuk melahirkan Homestay berdaya saing di masa hadapan. Moga anda gembira bersama Meranti Inn dan kejayaan menjadi milik anda.....






Khamis, 2 Februari 2012

Khas Untuk Umat Islam


 

 Sunnah Rasul diikuti sepanjang zaman termasuk dalam urusan perniagaan.

Selasa, 3 Januari 2012

PELANGGAN YANG DIRAIKAN SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN


Pihak Pengurusan Meranti Inn Homestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang dihormati kerana memilih Meranti Inn sepanjang Cuti Persekolahan NOV-DIS 2011. Kami amat teruja dengan sokongan anda hinggakan kami berjaya mencapai 97% jualan penginapan sepanjang cuti persekolahan. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan terkasar bahasa sepanjang berurusan dengan Meranti Inn. Oleh itu pihak Pengurusan Meranti Inn telah dan akan cuba menambahbaikan pengurusan untuk pelanggan yang budiman. Moga kita akan berjumpa lagi di lain kali. Terima kasih sekali lagi kerana jadikan Meranti Inn Homestay pilihan anda sekeluarga serta rakan-rakan anda.


Khamis, 27 Oktober 2011

PILIHAN YANG TEPAT UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA


Konvokesyen UUM 2011



Terima kasih kepada pelanggan yang telah menginap di Meranti Inn Homestay pada Majlis Konvokesyen yang lepas. Alhamdulillah pada tahun ini Meranti Inn telah berjaya menguruskan 8 buah rumah di lokasi yang berbeza. Pihak pengurusan Meranti Inn mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pelanggan kerana memberi kerjasama sepenuhnya memandangkan waktu Chek In dan Chek out terlalu hampir, ini kerana bagi memberi semua pelanggan dapat bermalam untuk urusan yang sangat penting. Moga jumpa lagi dan kami doakan anda berjaya disetiap lapangan yang anda ceburi.

Rabu, 7 September 2011

Rangkaian Meranti Inn Homestay Changlun Kedah Malaysia


Bagi membantu para Graduan UUM pada bulan Oktober nanti, Meranti Inn telah memperolehi beberapa buah rumah sebagai rangkaian Meranti Inn Homestay. Jarak ke UUM ada sekitar 29 KM dan 30 KM.  Rumah-rumah tersebut adalah seperti berikut:


> 3 laluan boleh ke UUM jika anda orang luar dari kedah.


Hanya ini yang mampu kami sediakan .........