Gerbang Dunia Perniagaan

Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Datang Ramadan 1434 H / 2013





Ramadan yang dicintai datang lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan  ganjaran pahala berlipat kali ganda. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan penuh harap, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang shalat malam pada bulan puasa, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhari dan Muslim). 



Pihak pengurusan Meranti Inn Homestay mengucapkan selamat beramal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Promosi menginap di Meranti Inn sepanjang bulan Ramadan lebih menarik. Berbuka puasa di Meranti Inn bersama anak-anak di perantauan lebih meriah kerana Bazar Ramadan hanya beberapa meter sahaja dengan tempat kami. Malah surau taman Sri Meranti juga berhampiran dengan Meranti Inn. Datanglah menginap di tempat kami anda boleh masak apa yang ada suka kerana pasar (market) di Changlun dibuka pagi dan petang untuk membeli barang-barang basah. Oleh itu tunggu apa lagi hubungilah kami.



Isnin, 20 Mei 2013

Pendaftaran Pelajar Baru Di Matrikulasi Kedah & Bermalam Di Meranti Inn Homestay Changlun





Selamat mendaftar kepada pelajar baru di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) pada 27hb. Mei 2013. Moga harapan dan impian anda menjadi kenyataan. Pihak Pengurusan Meranti Inn mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih Meranti Inn Homestay sebagai tempat bermalam anda. 



Selasa, 5 Februari 2013

Meranti Inn Homestay 3.0 telah datang untuk anda semua

Pihak Pengurusan Meranti Inn Homestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang budiman kerana memberi sokongan penuh kepada Homestay kami sepanjang tahun, sejak ianya dibuka pada tahun 2008. Sebagai tanda terima kasih kami maka kami datangkan untuk anda Meranti Inn 3.0 bagi tahun 2013. Tujuannya hanyalah  sebagai memenuhi permintaan anda (pelanggan) semua agar dapat bermalam di Meranti Inn Homestay. Meranti Inn 3.0 adalah seperti berikut:

lihat Map Baru 




 Rumah Jenis (teres corner lot)
 3 Bilik Tidur /   2 Bilik Air /   2 Ruang Tamu / 1  Bilik Masak /  Boleh muat 5 Park kereta




Kemudahan lain 

Ada Sofa, Katil, meja makan, TV, Aircon, Peti ais, Dapur masak, Peralatan memasak, dan lain-lain.

Terletak berhampiran berikut:
>  2 minit ke H.Way PLUS (Bukit Tinggi kepala   
     Batas Alor Star)
>  5 minit ke lapangan Terbang (AirPort)    
     kepala Batas Alor Star
>  Berhadapan dengan kedai runcit / restoran
>  4 minit ke gerai medan Selera Kepala Batas
>  7 minit ke Jitra (Bandar Darul Aman Jitra)
>  7 minit ke Maktab Perguruan Jitra
>  8 minit Ke Politeknik Jitra
>  8 minit ke Tasik Rikrasi Jitra
>  5 minit ke Kem Tentera Kepala batas
> 14 minit ke Bandar Alor Star
> 15 minit ke Menara Alor Star
> 18 minit ke Matrikulasi Changlun Kedah
> 28 minit ke Universiti Utara Malaysia
> 35 minit Ke Universiti Malaysia Perlis.

Jika Berminat sila Cll 0139321137 @ 0132663383



















   

Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013




Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun 2013 dengan Harapan Baru yang lebih Cemerlang.

Pihak pengurusan Meranti Inn mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan penuh sepanjang cuti persekolahan November dan Disember 2012. Allhamdulillah ada pelanggan baru dan lama datang silih berganti. Kami amat teruja dan berbesar hati dengan sokongan pelanggan semua. Kini berakhirnya tahun 2012 yang mencatatkan memori suka duka anda dan juga kami. Walau apa pun catatan sepanjang tahun 2012 berlaku namun strategi dan perancangan 2013 perlu dibuat agar kita semua tidak terlepas peluang keemasan tahun 2013 ini. Oleh kerana kepercayaan anda (pelanggan) kepada Meranti Inn Homestay maka tahun ini juga bakal lahirnya Meranti Inn 3. InsyAllah jika tiada halangan maka masa terdekat promosi Meranti Inn 3 akan dibuat. Kami berusaha menambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda (pelanggan) supaya selari dengan hasrat kami agar Meranti Inn Homestay menjadi Homestay bertaraf dunia dan berdaya saing.