Meranti Inn banyak menerima tempahan dari tetamu/ pelanggan yang berurusan seperti berikut:
Konvokasion (UUM &UniMep),
Pendaftaran pelajar-pelajar baru (UUM, Matrik (KMK), Politeknik, UITM Arau, Kolej Pertanian Bukit Tangga, ABM),
Pelajar PJJ,
Urusan Kerja
Urusan perniagaan (para peniaga bazar)
Urusan pertunangan
Urusan perkahwinan
Ziarah keluarga
Membeli belah (khususnya Bukit kayu hitam, Padang Besar dan Wang Kleian)
dan macam-macam urusan peribadi ini berdasarkan kajian dua (2) tahun di Meranti Inn.
Meranti Inn menerima semua golongan dari peringkat Datuk/Datin hinggalah orang kebanyakkan ini bersesuaian konsep Meranti Inn adalah Rumah Penginapan Pelancongan (Homestay) untuk semua rakyat Malaysia. Meranti Inn seringkali menerima tetamu dari negara jiran yang mengikuti pengajian singkat di Malaysia. Oleh itu pihak pengurusan Meranti Inn menyarankan agar para tetamu membuat tempahan awal bagi mengelak kegagalan untuk mendapat tempat di Meranti Inn. Tempat yang dimaksudkan ialah tempahan yang telah dibayar wang pendahuluan (deposit) dan telah disahkan tarikhnya yang sebenarnya.
Meranti Inn bersimpati kepada pelanggan yang tidak mendapat tempat di Meranti Inn khususnya kepada graduan Universiti kerana kekurangan tempat hinggakan ada yang tidur di surau dan Masjid. Oleh itu bagi mengelak perkara tersebut berlaku pihak pengurusan Meranti Inn telah cuba bekerjasama dengan beberapa Homestay disekitar 30km ke UUM agar dapat memenuhi permintaan pelanggan. Dengan demikian penawaran tempat bermalam kepada pelanggan akan bertambah. Sekiranya para pelanggan amat berhajat boleh menghubungi Meranti Inn agar kesulitan dapat dihindarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan