Gerbang Dunia Perniagaan

Khamis, 2 Februari 2017

Meranti Inn Homestay, Changlun Kedah 2017

Impian di tahun baharu 2017, menjadikan Meranti Inn Homestay terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Kami memiliki tiga (3) buah homestay yang berdekatan. Jika anda ingin ke Kedah boleh hubungi kami untuk menginap di homestay kami. Sejak dibuka tahun 2008 harga tetap sama walaupun beberapa kenaikan kos pengurusan telah meningkat. Apa yang kami harapkan adalah agar semua pelanggan dapat bermalam di Meranti Inn. 

Khamis, 29 Januari 2015




Selamat Tahun Baru 2015

Semoga Allah memberi kepada kita di tahun baru ini, kelapangan, kesihatan, kemurahan rezeki yang halal kepada semua rakyat malaysia.

Amin. 


Meranti Inn kini sudah ada di dua lokasi iaitu di Changlun dan di Kelapa Batas (berhampiran Jitra) Kedah. Dua buah rumah semi-D di Changlun dan sebuah rumah di kepala Batas Kedah. Harapan di tahun baru ini, pihak Pengurusan Meranti Inn Homestay, berusaha tingkatkan perkhidmatan kepada pelanggan kami. Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana memberi sokongan sejak 2008 hingga ke hari ini. Teguran dan cadangan Tuan/Puan kami rekodkan dan jadikan input untuk perubahan di masa hadapan.






Rabu, 22 Januari 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA 2014 BERSAMA MERANTI INN HOMESTAY





Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun ini lebih cemerlang dengan apa yang kita rancangkan. Meranti Inn Homestay bersedia menerima tetamu yang ingin melancong ke utara tanah air khususnya Negeri Kedah, Perlis dan Selatan Thailand. Meranti Inn kini memiliki tiga (3) buah rumah iaitu dua buah di Changlun kedah dan sebuah di Kepala Batas/ Jitra Kedah. Homestay kami adalah rumah jenis Semi-D setingkat mempunyai tiga (3) bilik tidur dan dua bilik air setiap rumah. Kelengkapan di dalam rumah samalah seperti bilik hotel. Meranti Inn telah bermula memberi perkhidmatan sejak tahun 2008 lagi. Kami berusaha menambahbaikkan dari masa ke masa bagi memenuhi keselesaan  pelanggan kami seiring dengan harapan kami menjadikan Meranti Inn, sebuah Homestay yang berdaya saing. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua di homestay kami khususnya tahun 2014 yang telah diistiharkan oleh kerajaan sebagai tahun melawat Malaysia.




Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Datang Ramadan 1434 H / 2013





Ramadan yang dicintai datang lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan  ganjaran pahala berlipat kali ganda. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan penuh harap, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang shalat malam pada bulan puasa, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhari dan Muslim). 



Pihak pengurusan Meranti Inn Homestay mengucapkan selamat beramal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Promosi menginap di Meranti Inn sepanjang bulan Ramadan lebih menarik. Berbuka puasa di Meranti Inn bersama anak-anak di perantauan lebih meriah kerana Bazar Ramadan hanya beberapa meter sahaja dengan tempat kami. Malah surau taman Sri Meranti juga berhampiran dengan Meranti Inn. Datanglah menginap di tempat kami anda boleh masak apa yang ada suka kerana pasar (market) di Changlun dibuka pagi dan petang untuk membeli barang-barang basah. Oleh itu tunggu apa lagi hubungilah kami.



Isnin, 20 Mei 2013

Pendaftaran Pelajar Baru Di Matrikulasi Kedah & Bermalam Di Meranti Inn Homestay Changlun





Selamat mendaftar kepada pelajar baru di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) pada 27hb. Mei 2013. Moga harapan dan impian anda menjadi kenyataan. Pihak Pengurusan Meranti Inn mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih Meranti Inn Homestay sebagai tempat bermalam anda. 



Selasa, 5 Februari 2013

Meranti Inn Homestay 3.0 telah datang untuk anda semua

Pihak Pengurusan Meranti Inn Homestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang budiman kerana memberi sokongan penuh kepada Homestay kami sepanjang tahun, sejak ianya dibuka pada tahun 2008. Sebagai tanda terima kasih kami maka kami datangkan untuk anda Meranti Inn 3.0 bagi tahun 2013. Tujuannya hanyalah  sebagai memenuhi permintaan anda (pelanggan) semua agar dapat bermalam di Meranti Inn Homestay. Meranti Inn 3.0 adalah seperti berikut:

lihat Map Baru 




 Rumah Jenis (teres corner lot)
 3 Bilik Tidur /   2 Bilik Air /   2 Ruang Tamu / 1  Bilik Masak /  Boleh muat 5 Park kereta




Kemudahan lain 

Ada Sofa, Katil, meja makan, TV, Aircon, Peti ais, Dapur masak, Peralatan memasak, dan lain-lain.

Terletak berhampiran berikut:
>  2 minit ke H.Way PLUS (Bukit Tinggi kepala   
     Batas Alor Star)
>  5 minit ke lapangan Terbang (AirPort)    
     kepala Batas Alor Star
>  Berhadapan dengan kedai runcit / restoran
>  4 minit ke gerai medan Selera Kepala Batas
>  7 minit ke Jitra (Bandar Darul Aman Jitra)
>  7 minit ke Maktab Perguruan Jitra
>  8 minit Ke Politeknik Jitra
>  8 minit ke Tasik Rikrasi Jitra
>  5 minit ke Kem Tentera Kepala batas
> 14 minit ke Bandar Alor Star
> 15 minit ke Menara Alor Star
> 18 minit ke Matrikulasi Changlun Kedah
> 28 minit ke Universiti Utara Malaysia
> 35 minit Ke Universiti Malaysia Perlis.

Jika Berminat sila Cll 0139321137 @ 0132663383



















   

Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013




Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun 2013 dengan Harapan Baru yang lebih Cemerlang.

Pihak pengurusan Meranti Inn mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan penuh sepanjang cuti persekolahan November dan Disember 2012. Allhamdulillah ada pelanggan baru dan lama datang silih berganti. Kami amat teruja dan berbesar hati dengan sokongan pelanggan semua. Kini berakhirnya tahun 2012 yang mencatatkan memori suka duka anda dan juga kami. Walau apa pun catatan sepanjang tahun 2012 berlaku namun strategi dan perancangan 2013 perlu dibuat agar kita semua tidak terlepas peluang keemasan tahun 2013 ini. Oleh kerana kepercayaan anda (pelanggan) kepada Meranti Inn Homestay maka tahun ini juga bakal lahirnya Meranti Inn 3. InsyAllah jika tiada halangan maka masa terdekat promosi Meranti Inn 3 akan dibuat. Kami berusaha menambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda (pelanggan) supaya selari dengan hasrat kami agar Meranti Inn Homestay menjadi Homestay bertaraf dunia dan berdaya saing.



Sabtu, 3 November 2012

APA ?..... CUTI SEKOLAH "School Holiday"










Cuti persekolah tiba lagi. Masa paling sesuai kosongkan jaduan Ibubapa bersama anak-anak atau kaum keluarga tercinta bagi tujuan "kembara kasih". Jika ke utara Malaysia pilihlah Meranti Inn Homestay sebagai tempat bermalam anda. Percutian bersama keluarga amat penting bagi membentuk perkembangan minda anak-anak agar memperolehi ilmu-ilmu baru sepanjang "kembara kasih". Ilmu-ilmu tersebut termasuklah 'bahasa setempat, tanaman padi "jelapang padi", macam-macam makanan dan pelbagai jenis sosial budaya setempat.
 



Meranti Inn Homestay mengalu-alukan kedatangan anda ke Kedah. Menginap di Meranti Inn seolah-olah menginap di istana impian anda.... he.he. JOM P Kedah. Jangan Lupa cll: 0132663383 atau 0139321137 (mohd Khairul)












































































































Rabu, 26 September 2012

 Konvo UUM Datang lagi.. OKT 2012



Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-25 UUM seperti berikut:

Tarikh : 6 - 10 Oktober 2012 (Sabtu – Rabu)

Tempat : Dewan Mu'adzam Shah:

Panduan Konvo ke -25

 http://www.hea.uum.edu.my/images/stories/convocation/convo_2012/Buku%20Panduan%20Konvo%2025.pdf

 

Tahniah dari kami Meranti Inn Homestay dan selamat maju jaya.... Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Meranti Inn.


 

Selasa, 3 Julai 2012

RAMADHAN YANG DINANTIKAN DI MERANTI INN HOMESTAY CHANGLUN KEDAH MALAYSIA




Assalamualaikum, Salam Sejahtera kepada semua pelanggan Meranti Inn Homestay dan rakyat Malaysia yang budiman. Bulan Ramadhan 1433 H, kembali lagi dan bersyukur kerana kita masih lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan ini. Seperti kebiasaan Meranti Inn Homestay Changlun Kedah, menawarkan tempat bermalam sepanjang bulan Ramadhan ini. Tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan Meranti Inn menawarkan beberapa promosi sebagai tanda kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas sokongan pelanggan-pelanggan terus menerus di Meranti Inn. Kepada pelanggan yang belum pernah mencuba bolehlah mencuba menginap di Meranti Inn kerana anda pasti merinduinya. Apa yang paling penting jika di bulan Ramadhan ialah Meranti Inn mempunyai kelebihan berikut:

>  Laluan ke Bazar Ramadhan pekan Changlun hanya 3     
    minit

> Berhampiran dengan tempat makan untuk berbuka 
   puasa
> laluan mengelak jem di Pekan Changlun
> Tempat memasak seperti rumah impian anda
    
 > boleh beribadat dengan selesa.
    
Hari-hari di bulan Ramadhan ini lebih bermakna jika berbuka puasa bersama anak-anak, kaum keluarga di perantauan. Jadikan Meranti Inn tempat pertemuan yang terindah bersama ahli keluarga kerana Meranti Inn Homestay menyediakan kemudahan seperti rumah kedua anda di perantauan. Pihak pengurusan Meranti Inn saban hari telah dan sedang menambah baikkan pengurusan dan penyediaan kemudahan Meranti Inn kerana kami ingin jadikan Meranti Inn Homestay berdaya saing dan bertaraf Dunia.



Isnin, 14 Mei 2012

MERAIKAN HARI KEJAYAAN ANDA BERSAMA MERANTI INN HOMESTAY CHANGLUN




Pihak Pengurusan Meranti Inn Homestay Changlun Kedah, berbesar hati di atas sokong pelanggan yang budiman terus menerus terhadap Meranti Inn. Pihak kami berusaha hari demi hari agar dapat menjadikan Meranti Inn bertaraf dunia. Pihak kami turut meraikan hari-hari berikut adalah hari penting anda iaitu:

> 26hb. & 27hb. Mei 2012 iaitu hari Pendaftaran Matrikulasi Kedah (KMK)
    
> 2hb.& 3hb. Jun 2012 iaitu Konvokesyen Diploma di Universiti Utara  
    Malaysia

> 13hb. & 14hb. Julai 2012 iaitu Peneriman tauliah PALAPIS di Universiti    
    Utara Malaysia

> Sepanjang cuti persekolah Mei & Jun hari-hari Perkahwinan anda.






Ucapan Tahniah dari Meranti Inn di atas kejayaan anda semua

Pihak kami amat bersimpati di atas pelanggan yang tidak mendapat tempat di Meranti Inn. Sekiranya amat memerlukan tempat bermalam selain Meranti Inn dalam jarak 30 KM-40 KM bolehlah menghubungi kami. Kami sedia membantu anda kerana kami mempunyai rangkaian di sekitar Kedah. 

Andai kata kami dapat membantu anda itulah kepuasan yang kami perolehi..