Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun ini lebih cemerlang dengan apa yang kita rancangkan. Meranti Inn Homestay bersedia menerima tetamu yang ingin melancong ke utara tanah air khususnya Negeri Kedah, Perlis dan Selatan Thailand. Meranti Inn kini memiliki tiga (3) buah rumah iaitu dua buah di Changlun kedah dan sebuah di Kepala Batas/ Jitra Kedah. Homestay kami adalah rumah jenis Semi-D setingkat mempunyai tiga (3) bilik tidur dan dua bilik air setiap rumah. Kelengkapan di dalam rumah samalah seperti bilik hotel. Meranti Inn telah bermula memberi perkhidmatan sejak tahun 2008 lagi. Kami berusaha menambahbaikkan dari masa ke masa bagi memenuhi keselesaan pelanggan kami seiring dengan harapan kami menjadikan Meranti Inn, sebuah Homestay yang berdaya saing. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua di homestay kami khususnya tahun 2014 yang telah diistiharkan oleh kerajaan sebagai tahun melawat Malaysia.