Pihak Pengurusan Meranti Inn mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada IPD Negeri Sembilan, Kuantan dan Kuala Lumpur kerana telah memberi kepercayaan kepada Meranti Inn bagi menguruskan penginapan para peserta kejohanan badminton yang diadakan di Universiti Utara Malaysia pada 28hb. Februari - 5hb. Mac 2012. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia telah menginap di Meranti Inn Homestay dan jiran tetangga Meranti Inn. Sebanyak 5 buah Homestay telah dikendalikan oleh Meranti Inn di atas kerjasama yang baik antara jiran tetangga. Kepercayaan anda kepada Meranti Inn memberi dorongan kepada kami untuk melahirkan Homestay berdaya saing di masa hadapan. Moga anda gembira bersama Meranti Inn dan kejayaan menjadi milik anda.....