Gerbang Dunia Perniagaan
Khamis, 27 Oktober 2011
Konvokesyen UUM 2011
Terima kasih kepada pelanggan yang telah menginap di Meranti Inn Homestay pada Majlis Konvokesyen yang lepas. Alhamdulillah pada tahun ini Meranti Inn telah berjaya menguruskan 8 buah rumah di lokasi yang berbeza. Pihak pengurusan Meranti Inn mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pelanggan kerana memberi kerjasama sepenuhnya memandangkan waktu Chek In dan Chek out terlalu hampir, ini kerana bagi memberi semua pelanggan dapat bermalam untuk urusan yang sangat penting. Moga jumpa lagi dan kami doakan anda berjaya disetiap lapangan yang anda ceburi.
Rabu, 7 September 2011
Rangkaian Meranti Inn Homestay Changlun Kedah Malaysia
Bagi membantu para Graduan UUM pada bulan Oktober nanti, Meranti Inn telah memperolehi beberapa buah rumah sebagai rangkaian Meranti Inn Homestay. Jarak ke UUM ada sekitar 29 KM dan 30 KM. Rumah-rumah tersebut adalah seperti berikut:
Selasa, 16 Ogos 2011
Konvokesyen UUM Oktober 2011
Kepada Graduan UUM bulan Oktober 2011, pihak Pengurusan Meranti Inn mohon maaf kepada semua kerana tempahan telah penuh bermula dari 30hb. September hingga 6 Oktober 2011.
Walaubagaimanapun pihak Pegurusan Meranti Inn berusaha membantu Graduan UUM bagi mendapat tempat untuk bermalam dalam jarak 30KM atau lebih kurang 30 minit perjalanan. Jika berminat bolehlah menghubungi kami di talian Meranti Inn.
"JANGAN BERSEDIH"
Sabtu, 23 Julai 2011
Musafir di bulan Ramadhan bersama Meranti Inn Homestay
Promosi berganda di Meranti Inn seindah bulan Ramadhan. Cepat buat tempahan segera, hanya ada beberapa hari sahaja lagi yang masih kosong. Meranti Inn paling hampir dengan Bazar Ramadhan & Surau di Pekan Changlun Kedah...Tunggu apa lagi. Jom p ramai-ramai, jika rindu pada mereka yang tersayang khususnya anak-anak di perantauan..
.
Khamis, 9 Jun 2011
Meranti Inn kekal memberi perkhidmatan sebagai "Homestay Keluarga"
Pihak Pengurusan tertinggi Meranti Inn berbesar hati di atas sokongan pelanggan-pelanggan terus menerus dari awal penubuhan sehingga kini. Terkenal sebagai Homestay yang terawal dibuka sekitar Changlun menyebabkan Meranti Inn lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan. Pertumbuhan beberapa Homestay lain telah menyerikan lagi Meranti Inn bila mana kawasan sekitar Meranti Inn tidak ubah sebagai "Kawasan Penginapan Pelancong" dari dalam dan luar Negara.
Di atas prinsip jujur dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, Meranti Inn tetap kekal sebagai "Homestay Keluarga" @ "Homestay Pelajar Universiti".
Sabtu, 28 Mei 2011
PAKEJ DI BULAN RAMADAN
Kepada Pelanggan yang dihormati Meranti Inn Homestay menawarkan Pakej Istimewa sepanjang bulan Ramadan yang dijangkakan di awal bulan Ogos 2011. Tujuan pakej ini ialah untuk memberi peluang kepada Ibu bapa berbuka puasa bersama dengan anak-anak diperantauan khususnya yang belajar di Universiti Utara Malaysia, Kolej Matrikulasi dan di IPTA sekitar Meranti Inn. Pakej ini amat menarik dan luar biasa. Oleh itu hubungilah kami segera untuk bertanya dan membuat tempahan di Meranti Inn. Cll 0132663383.
Langgan:
Catatan (Atom)