Gerbang Dunia Perniagaan

Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013




Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun 2013 dengan Harapan Baru yang lebih Cemerlang.

Pihak pengurusan Meranti Inn mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan penuh sepanjang cuti persekolahan November dan Disember 2012. Allhamdulillah ada pelanggan baru dan lama datang silih berganti. Kami amat teruja dan berbesar hati dengan sokongan pelanggan semua. Kini berakhirnya tahun 2012 yang mencatatkan memori suka duka anda dan juga kami. Walau apa pun catatan sepanjang tahun 2012 berlaku namun strategi dan perancangan 2013 perlu dibuat agar kita semua tidak terlepas peluang keemasan tahun 2013 ini. Oleh kerana kepercayaan anda (pelanggan) kepada Meranti Inn Homestay maka tahun ini juga bakal lahirnya Meranti Inn 3. InsyAllah jika tiada halangan maka masa terdekat promosi Meranti Inn 3 akan dibuat. Kami berusaha menambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda (pelanggan) supaya selari dengan hasrat kami agar Meranti Inn Homestay menjadi Homestay bertaraf dunia dan berdaya saing.